1Lafaz1Janji1Ikatan1Kebahagiaan

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, 29 February 2012

Gigih ke gigil?

Salam n hai.

Mcm baik je mood aku kan?
Oh tidakkkk..

seharian mood spoil dek boss tersayang cinta muah muah!

abaikan ape de dah buat hari ni and sampai skang.
aku kat office *eh, mostly aku update time stayback*


tadi berlaku sesuatu yg aku kategorikan SERAM.
nanti la cite.

skang ni, aku duk godek-godek pc...terjumpa satu pic. eh motif kau ni..x godek, ayat mesti nk terjumpa..
alalalala..kata jelah memang kau simpan noks.

fine pic ex and encik partner.
opss..bukan mereka bergambar berdua..
baju..baju yg dipakai adalah same.

hahahaha..please kay. bukan baju ex -- bila putus, pulangkan balik..aku suh encik partner pakai.
tidak..

actually aku n ex DULU selalu soping sama.. so taste same.
mase tu aku beli shirt..dua helai..
then de pon laju-laju amik baju yg same mcm aku beli..konon mcm couple tee lah kan..bajet nanti leh pakai same.
hakikatnye aku beli utk encik partner. hahaha..

so lepak2 with ex, de pakai baju tu dgn harapan aku akan pakai baju sama. takde nya..
x bgtau pon beli untuk encik partner.
nanti sentap. sebab de memang kuat sentap.
*jaga hati*

eh, jgn salah faham. bkn skandel, tp jd mcm BFF la..
masing-masing kalau jmpe, xkan sentuh isu pasangan memasing.
memang tak.
ade batas-batasnya pon since de memang da kawin.

hak hak..anak dua. Jgn x caya.
nanti la update.




p/s : ramai cakap muka dorg same depan-depan..sampai angah pon salah faham. Igt aku kuar ngn ex lagi.

tak sama ah!


Tuesday, 28 February 2012

godek punya godek

Salam.

Sorry, since smlm sakit perut melampau and berulang ke toilet.
kurus kejap.

Okay mlm semalam aku still kat opis.
tetiba lagu Seize The Day kuar...tkejut sikit. Almaklum, gune number baru kan..so x ramai yg call n sms.
encik partner pon jarang nk call or sms.

my sis : yana! ishh mane kau punye bb? angah bbm mcm x function, sms n call sonyap je.

aku : (gagap) eh..lahai, kan adik da cakap..ape2 kol number ni.

my sis : mana angah nak ingat..ha fon kau mane?

aku : ahah..tinggal semban la, mak da simpan kot. bateri takde (risau)

my sis : tp mak ckp kau balik ri tu

aku : yg balik hari tu la adik tertinggal fon

my sis : apa da! ha, mps fully booked, pusat dakwah pon same..eh kau tau tak, date kau tu ramai jugak org kawin tau. dahlah, buat je kat rumah.

background bising kat belakang : suara mak aku duk heboh suruh buat kat rumah.

aku : ha yelah, x kisah. suke ar mak tu..heboh sgt nak buat kat umah

background bising--

aku : oiii, amenda eh tu?ishhh hahaha suh mak diam la. kahkahkah..buat kat umah buat ar. kemah mane nak cari?

my sis : biasa ar mak, de kan excited lebih. ha, khemah tu nnti angah cr

aku : eh ade ar caterer tu siap kemah kot, sekepala rm13++. 5 buah kemah wif scallop bagai. then de setting ar meja makan pengantin tu then 8 org kot waiter/waitress de.

my sis : memang ler, sodap ke x

aku : SUK N9 selalu panggil de ar

my sis : kau gi mintak quotation

aku : alamakkk..ni lemah ni

my sis : pelik perangai kau, keja punya beria sampai ke pagi settlekan rahsia negara. benda simple x leh buat?

aku : rahsia negara tu lain ngah, ni nk quotation2 ni..cam pondan plak

my sis : ape kaitan keja kau dengan mintak quotation mcm pondan.


okay..panjang ceritanya.. aku x mintak quotation pon lagi, bia angah buat. hahahahahaha..sbb de kate nk mintak kat kwn baik de. Sedap gila la katering tu. Tapi RM17 sekepala..termasuk 7 kemah ngn scallop gak, totally perfect..kemas gila. Tapi angah kata, mahal tu sebab kawan de mintak topup mcm2 benda..

So xpelah, malas nak risau. 4 bulan lagi kannnn?
Aku duk gataigedik google tempat nak cuti/honeymoon. Dalam Malaysia je ye, sy ni kurang kemampusan mampu. Aku pun teringat yg masa aku sekolah menengah, banyak kenangan kat satu tempat ni. My abg sepupu usahakan satu bisness, nak kate mcm pelancongan. Boleh gak, nak kate untuk buat aktivity memancing pon boleh. Lebih ke arah advanture n nature, memandangkan de memang minat dgn hutan-hutan ni. Masa tu, aku x tlepas gak lah jadi fasilitator untuk summer camp. Takpelah, pengalaman kan? Rupanya memang ini bidang kerja aku rupanya sekarang. Tak sia-sia masa dulu dah belajar. Then seawal umur 14 tahun aku dah biasa buat quotation n deal dengan customer. Ala-ala mcm booking-booking ni, aku punye kerja la.  But then ter...jumpa this, hakikatnya aku x rasa apa..biasa je. Standard la kan, mula-mula cool sikit. Tp sekasar-kasar aku...hiba gak la.. nak2 aku bakal lalui hari bahagia tanpa DIA.

Aku tak pernah tau pon pasal this article, before this ade lah majalah-majalah yg berkaitan keluar..but dalam paper aku x pasan langsung.




full article

Empangan Talang, N9. Tau ini apa? Empangan. Tau dia punya dalam?..x silap masa aku tgk dokumen-dokumen pembinaan empangan ni, lebih kurang 8 - 12 tingkat bangunan. Teruja gak lah tengok empangan ni masa takde air lagi. lori-lori tu kecik je dalam satu kawah yg besar. Dan masa tu baru lah meremang tengkuk sebab sebelum tu aku tak sedar diri berenang2 sampai pulau kecik kat tgh tu. Hikhikhik...

Kerusi 4 ni, port family member lepak petang2..sebab sejuk! serious...aman damai especially selepas hujan. Mcm kat cameron.

Dan kat sini gak la aku dpt tgk mak - abah - makshu - makngah - pakngah melompat2 jerit dari atas duk panggil aku and the cuzen naik ke darat. Hahahaha..dgr sayup suara nya, sbb jauh n tinggi.

Alhamdulillah, masa tu Abg Kamil sepupu sulung and paling tua dalam our family berjaya dalam bisnes de..banyak tourist dtg, kakitangan gomen, swasta utk buat kursus-kursus kat sini. Murah rezeki kami masa tu...

Abah n mak plak Abg Kamil suruh jadi ketua chef sebab tak dinafikan, abah n mak mempunyai bakat memasak dan dorg bdua dibantu makshu, makngah, makteh... penah cecah 3 ribu org datang sekali harung.  Bygkan dgn gelabahnya aku jwb call, entertain matsaleh2 tu..bersapau gila. Oh bukan aku je, sepupu yg sebaya pon ade handle..hihihii..standard, rumah kedua katanya..

kitorang tinggal di sana. Sebab ade 12 rumah bkembar 3 bilik yg aku panggil sebagai cottage dan 1 bungalow 5 bilik. Pilih mane nak, kdg ikot suka hati ktorg nak duk mane sebab fully furnish.

Kalau nak lepak chalet dan floating restaurant plak, kitorg akan naik bot dalam 15 minit. Kat sini takde pic nye, kena scan bagai..

kat belah dalam hutan ade 20 buah chalet dan ade sebuah log cabin.

serta vvip chalet. susah nak cerita, yg pastinya cantik sgt..bleh bkayak and mcm2 aktiviti sukan air ataupun nak advanture layan night walk ataupun treasure hunt (waktu malam la kan)

selalu follow dan selalu tgk benda2 misteri...hiks. Takut kejap..banyak kali tgk budak2 kursus kena sampuk dan histeria..tp Alhamdulillah, sekejap aje berlaku.

 This is my Abah...arwah Abah.
kat sane banyak benda abah buat,
de masak..kdg2 handle customer..de supervisor..serba boleh katanya.

then sempat lari2 bawak bot..hihii..
dan aku pon terer bawak bot yg boleh bwk 20 penumpang tu tau..sile lah percaya.


pekerja pertama Karisma Nature Camp- Abg Nan... totally budak kampung sane.. dan rajin buat kerja.
Peace..de merangkap driver peribadi bila aku smpai kat town dari seremban. Dia kena dtg pick up...

Rindu.

Tp dgr cite tempat ni dah tutup, bukan...JBA amik alih dulu..tp la ni tatau ape jadi...bace gak blog2 kaki pancing, dorg kate da bpagar. Haihhh...syg la tempat mcm ni kalau terbiar...



Oh ye, itu la Arwah Abah... dan sakit sekali, aku anak abah..rapat dgn dia..sebab perangai abah, banyak ade kat aku (org ckp).. pendiam and bercakap bila perlu. Serious je..hehehe..tp still gila-gila.

Aku kdg2 malu dulu sebab arwah abah terer ye cakap BI.. bygkan org tua fasih ckp BI, aku??? hakhakhak...kalau psl BI je, straight refer kat abah, malas nk tanye adik badik..dulu dorg mane layan aku, adik bongsu..kecik la katakan..beza umur pon belas2 tahun.. da besar2, baru leh join and sekepala..lau x?? hingin sgt dorg nk layan aku.





Al-Fatihah, semoga Abah tenang di sana... Amin

Monday, 27 February 2012

kejam ke?

Salam.

Isnin kembali dan perasan x masa berlalu amat cepat.
Btw aku tak pergi wedding salah seorang rakan yg aku kenal masa mula-mula Lapor Diri. 6 years ago.
Nak kata rapat, okay la. rapat gak.

Actually Raffz x sihat (keta aku).
Itu alasannya saja, tapi kisahnya aku kecil hati.

Aku tau bukan niat dia dan aku tahu memang perangai dia mcmtu cuma...setiap manusia ada tahap kesabaran kan?
Salah ke aku x hadirkan diri?
Tp memang kereta aku probs pon, si tua dah mula semput. Faham-faham lah since eksiden last year.

Ok. Pasal hal kereta pon jadi point.


SI DIA  - kereta dah eksiden ni, tuka lah. mcm aku ri tu bwk NEO (read - NEO) dah eksiden, x sedap dah..

okaylah, dia pon eksiden dua tahun lalu. Langgar budak motor tak blesen sampai budak tu hilang ingatan. Sian budak tu, tapi x boleh buat ape kan?

baru-baru ni, dia contact aku since dia tahu aku dah dapat rumah. Ajak kuar..lama gak x jumpa. Since aku btunang dan dia btunang 3 bulan selepas aku (masa aku btunang, dia takde bf..baru frust dgn bf dia).

Aku  - nak jumpe mane weh?

SI DIA - kau tunggu lah, aku pick up kau kat rumah.

Fine, malam. Aku ni rabun.
Standard la, duk tercongok tunggu NEO hitam number plat C. Takde.. tapi hujung2 jalan, ada sebuah kereta kaler silver. Fon bbunyi;

SI DIA - mane kau weh? (ktorg mang suke WEH, tbiasa dr 1st kenal)

Aku  - dah tcongok tepi jalan ni.. punya besar x kan x nampak. Mana kau?

SI DIA  - laaah baju hitam rambut panjang tu kau ke? lama aku tunggu.

okay, rupanya kereta kaler silver tu dia.
ok masuk keta, salam-salam bagai. Lama kan tak jumpe..

SI DIA - aku leh x pasan kau..padahal lama aku tunggu.

Aku - dah, mana nak tau. aku kenal NEO hitam je.

SI DIA - tu la, tadi aku hantar dot (nama tunang dia) n kawan dia main futsal kat shah alam, dia lepak rumah aku. Tu yg aku malas nak ikot dia. Aku cakap nak dating dgn kau. Lama x jumpa.

Aku - lah yeke... eh, xpe ke kuar ngn aku bawak keta dot ni? segan weh.

SI DIA - sampai hati kau, ingat aku tak mampu ke pakai honda (read - HONDA)

aku dah terdiam dalam hati..aku salah cakap ke, mana nak tau..sbb kereta pon mcm kereta dah lama pakai. kalau baru, mungkin aku cam.

SI DIA - kau org pertama tau naik kereta baru aku ni. Baru kuar seminggu.

Aku - lahai, syg nya jual keta tu.

SI DIA - alah, ape lah sangat.. xde beza pon dgn 5 ratus atau 7 ratus (read - 5 ratus atau 7 ratus)

Aku - oh.. aku ingat keta dot tadi. sorry weh, aku tatau

SI DIA - xpe, ni pon dot pilih. mula hari tu aku nak amik JAZZ..dah hentak-hentak kaki dah, kau pun tahu aku nya style kan. kalau tu. Tu je aku nak (read - JAZZ)

Aku - eh, xpelah..ok ape ni..bsyukur lah.

SI DIA - tu lah, yelah mcm x banyak beza kot harganya 7 ratus dengan jazz 8 ratus. Tpi kena tunggu 2 bulan agi nak process..aku ni mane leh sabar (read - 7 ratus dengan 8 ratus) tapi tu lah. Okay lah ni, still honda kan


oh masa ni aku tak tahu muka aku berubah jadi kaler hijau ke ungu tah.
keluar keta, lepak satu restoren area Bangi.

SI DIA - aku diet ni, tapi tadi dah makan MCD dgn dot and kawan dia *sambil order TOMYAM CAMPUR

Aku - diet? oh, lagi 3 bulan nak kawin kan *TDDMKA*

SI DIA - yelah, kena diet. Nak pakai cantik-cantik, oh ye. Nextweek aku g SPA and usha pelamin. Aku dapat dewan.. dewan jubli ........ (kat pahang). Tadi ni aku baru je shopping tudung Fareeda, aku da start pakai tudung dah. Dot suruh, lagi pon dia yg beria-ria suruh aku pakai Fareeda sebab cantik. Kau tahu lah, kualitinya camne kan..aku kdg2 kesian dgn org yang pakai tudung Fareeda version ciplak. Sian sgt sbb kain dia tak cantik mcm kain murah.

aku - Fareeda? sumpah tak tahu (masa ni aku da start rasa mcm kena down)

SI DIA - ala, ni ha..kau ni. Itu pon taktahu *sambil angkat handbag gedabak dia duk keluarkan diary*. Cantik tak bag Guess ni? Dot beli... (read - GUESS)

aku - erm..aku x mampu pakai beg mahal.

SI DIA - Ni lah... *sambil pegang diary and bukak facebook*. (sian aku ni, samsung tab rupanya..aku ingat diary..kuikuikui..then fon aku berbunyi plakEh, bekberi je? aku da pakai da bekberi kau ri tu, tapi dot jual and belikan aku tab ni. Sebagai hantaran..

aku - Oh, i see..aku da x ikut sangat pkembangan nset ni. Lgpon nset yg supposedly partner aku bagi buat hantaran pon aku da simpan dlam kotak. Malu rasanya, da ttinggal jauh. Samsung cepat sgt kuarkan model baru. Aha, lg satu aku x minat lah tudung senteng-senteng. Sebab aku pakai nampak macik-macik especially yg ade awning2 ni. So aku selesa pakai shawl or bawal je..nampak suci sikit..hehehehe..

SI DIA - Haah, baru pasan. Kau gemuk ek.. masa tunang kecik sikit.

Omg- seriously aku asik terkena. Actually aku ni pendiam sikit and lost, lg pon x suka nak melahar org sgt2. Seingat aku, aku lost 3kg lepas aku tunang. And berat aku masa tu 63kg. Ok lah kan, i've been lost about 12kg since 2008.
Cuma aku nak back to normal 56-58kg memang payah lah... gamak dia drop aku.

As a good friend, aku diam and senyap walaupun kecil hati.

SI DIA - *sambil makan tomyam* kau bila weh? jgn lama-lama, banyak halangan dia. Mcm aku, always jek nak gaduh dgn dot. Nak-nak plak ex-ex n skandal lama aku muncul balik lah. Ex dia pon tiba-tiba muncul balik la nak kat dia. Aku memang tension sgt-sgt. Perlu ke nak thegeh-thegeh bila dot ensem. (read - Ensem)

*sebenarnya aku x pernah tgk pon tunang dia...*

aku - halangan? Alhamdulillah, so far xde ape. Jenis aku ngn de, sempoi and relaks2 je. Cari duet slow-slow..ape nak kesah. Aku pon mang target before 28. Lagipon belum ada rezeki lagi, nak kumpul duit bukan senang..kalau aku ni sanggup buat loan, aku dah buat and kawin dah. Tapi kan? motif aku nak buat loan?..seharusnya lelaki yg kena kuar duit and simpan duit kan *ayat perli*

SI DIA - tu lah...aku ni Alhamdulillah, xde keluar duit se sen pon since tunang hari tu. Dua2 side, semua dot keluar belanja. Utk family aku nye side..semua dia. Dia kata dia taknak susahkan aku..kesian katanya.


okay, dialog diatas penuh dgn nama dot kan? aku anggap aku lepak dgn dia tu hanya sekadar dengar dia puji dan up kan tunang dia je.
Takpelah.. aku maafkan.


SI DIA - kau bg hantaran ape kat tunang kau kawin nanti. Dah beli ke?

Aku - benda biasa je.

SI DIA - kamera tu, dia jadi bagi ke? takyah la weh..da nak setahun kamera tu. kau siap pakai dah...(abis dia awal-awal dah pakai tab tu??)

Aku - kamera? kamera mane?

SI DIA - eh, dslr kau tu la..ketinggalan dah kot..1000D

Aku - (gamak dia ckp gitu) 1000D tu, oh ade. Dia still nak bagi aku kamera gak

SI DIA - aku pon ingat nak mintak dot dslr gak..tp nak up sikit la dari kamera kau tu.

Aku - which kamera? 1000D ke?

SI DIA - haah la, kau ade kamera lain ke?

aku - yup, dia baru belikan aku kamera..tapi kau suruh la dot angkat 7D, sbb aku minat 7D cuma aku x gamak nak suh tunang aku beli 7D

SI DIA - uishh..xpe lah, aku dapat up dari kamera kau tu sudah *sambil gelak hina*

aku - what? 550D?

SI DIA - yerp..up sikit la kan? ade video.

aku - mmg la, tp kwn aku yg pakai 550 pon da tukar..600D tp kalau nak up, 7D..cuz aku 60D.

*aku x niat nak berlagak, tapi aku TERPAK weh..TERPAKSA*


SI DIA - bape? 2k plus plus kah?

aku - down payment honda kau kot. hehehehehe..just kidding..sikit2 nak 5k..cash yooo (masa ni aku saje tekankan cash sebab dia always bangga with her creditcard)

dan dia kelu tak terkata apa-apa dan terus tukar cerita. Actually banyak aku nak cerita, tapi takyahlah. Dia pon selamat jadi isteri kepada dot last saturday ri tu. Sorry weh, aku x de niat...tapi last benda yg kau drop aku masa kau datang office aku and kau biarkan aku tercongok-congok almost 2 hours kat bangi buat aku rasa sedih. Ini ke kawan? sedangkan masa kau susah+sedih dulu, siapa yg tjongol? me...yg teman kau kehulu kehilir sbb kau tak larat nak drive akibat totally down teruk sampai sakit and sikit pon aku x bkira atau apetah lagi nak drop kau. Never...sedangkan kau tahu, aku siapa..Jenis kepala otak gila, tapi x sepatutnya kau jadi seorang kwn yg buat aku jatuh.
banyak sgt..banyak..sbb tu kau jangan pelik kenapa aku diam n menjauhkan diri lama...bila aku down, kau down kan aku lagi. Bukan bagi semangat...aku sedih masa SF tinggalkan aku and de kawin dgn ppuan lain...kau down kan aku..tp karma is always real, S plak buat kau. Masa tu baru kau tau ape aku rasa but kau x pnah berubah..bila SF dtg kat aku balik, kau memarah ckp jgn layan suami org sedangkan aku dgn SF sekadar kontek biasa tp kau? kau skandal dgn suami org bukan 1, malah 3 org. Atas alasan kau sunyi bila S xde...

sedih kan?...senakal-nakal aku, aku x pernah lagi curangi encik partner..tp kau drop aku mcmkan aku ni teruk sangat. Depan encik partner..tp aku diam...........


p/s : berat dia 87kg and dia pakai honda city terpakai. and dia punya dot, biasa-biasa aje. kerja biasa n pakai kereta biasa sgt-sgt. Oh, sama size.


PEACE.



AKU HARAP KAU BERBAHAGIA, UBAH LAH SIKAP TU. AKU DGR GAK DARI KWN-KWN LAIN, RAMAI TERASA HATI. RAMAI TAU, TOLONG LAH WEH..KALAU KAU TAKNAK HILANG KWN...BERUBAH.
AKU SERIOUS KESIAN BACE WALL FB KAU, TOTALLY KWN2 KAU TERMASUK AKU SEMUA TAK HADIRKAN DIRI. KAU FIKIR LAH NANTI KENAPE.......


SALAM SAYANG - SAHABATMU


*motif aku buat ala2 surat, hehehe...sorry lah. entry panjang...xpe kan? meluahkan dalam blog, dr melempiaskan makian dalam FB...blog xde org tau..ape2 pon, aku syg dia..tp itu kan perangai dia..xleh nak ubah dah...biarlah masa menentukan*

Friday, 24 February 2012

kain

Assalamualaikum.

(terkejut tetiba bos gelak kuat2 kat dlm sambil tepuk2 meja-- uhh semangat)


Okay, ini weekend mahu berjalan cari kain nikah.
Then mau beli riben-riben segala bagai.

Then mau buat sesuatu then baru aku tunjuk *kalau jadi lah*

So far, aku xleh nak tido sgt. Semalam pening kepala sikit sbb balik 2pagi.
Minggu ni tak sure nak balik seremban or not.
Nextweek balik seremban then pergi kuala selangor kejap *tgk pelamin*

Lagi ape nak kena buat?
Oh amik borg--

lagi?

hahaha..serious main-main, later la aku buat checklist betul2.
erm...oh ye, swimming+jogging.

yes.
relaks la, 4 bulan lagi.



(bilik pengantin pon x kemas+tak cat+tak beli set katil lagi)


Wednesday, 22 February 2012

wedding checklist?

Salam.

Hai, yes. Kalau aku update ni, bererti...aku masih di ofis. Gigih tau nak siapkan all this kind of thing. Minit.Minit.Minit.
Xpelah.

So far, aku tgk ticker tu ade 4 bulan lagi before my big day.
Terkejut tak?

Belum siap satu ape pon lagi.

Dewan/Rumah - masih belum dikenalpasti. Dewan MPS/Pusat Dakwah Paroi (haha tempat Zaquan Adha + Ayu Raudhah)
if dewan full, buat aje lah kat rumah. Tapi aku x bape nak setuju buat kat rumah sebab aku malas nak kemas. Boleh?

Baju Nikah - kain x beli lagi, tema dah dapat. Nanti review.

Baju Sanding/Pelamin/Make Up - ini masalah utama aku, sebab bakal adik ipar nak sponsor tapi..... dia nak pilihkan. Aduih, area selangor. Aku just risau cuz jauh..isu kewangan, memang xyah fikir sebab fully kan..aku cuma...ah entahlah sbb aku ade pilihan aku sendiri. Which is, aku amik mak andam masa bertunang dulu. Kenapa? kenapa aku x pergi pilih org lain? sebab banyak pilihan....hanya aku je tau. Kepuasan memilih Aini Gemalai Anggun.

Goodies - 300 dah ade, selebihnya aku kena pecah kepala nak fikir. (ini da masa nak DIY, kata xnak DIY tapi aku baru dpt idea yg menjimatkan kos)

Paper Bag utk kanak-kanak - 160 keping je ikot tema sanding (ni part kakak aku main bedal beli sbb aku x bagi tema lagi..lucky pilihan de tepat)

Kursus Kahwin - DONE

Borg-Borg kahwin segala bagai - BELUM

Katering - ade dua pilihan, tp if aku pilih pusat dakwah..de ade katering de sndiri dan memang sodap.

ape lagi? ape? hantaran? - belum siap, baru 2 je dibuat. Tapi barang xde.

kad kahwin - lagi la belum.

okay, sesi review masa tunang hari tu.
Hantaran DIY.



kuih bahulu (mini)

 coklat

 buah

 kain pelikat

 pot pouri

 pulut kuning + with serunding

 sireh

tshirt

dan aku pelik, why ade 8 je.
hahaha..

Gigih tau, dalam mase 3-4 hari je. Dah la menda tu kecik2..nak muntah siap lelap2 atas katil dengan gam panas tu. Tsedar sbb gam tu meleleh2. Almaklum, aku balik kerja pon dah 2-3am...ngantuk.

okay, review mekap ek..eh ni kira 1st aku letak pic aku sendiri..xpe la *bajet artis ke???*

yes, this me. Hai.

baju+mekap from Aini Gemalai Anggun (Matahari Height, Senawang)

Tuesday, 21 February 2012

persiapan

Salam and hai.

Actually, jumaat lepas aku balik seremban (kena kerah).
So lepak2 borak dgn mak memandangkan abg long & family x sampai lagi dr bangi.
excited mak aku bcerita.

till 12.30am, abg long x smpai2. Cume jam 10.30pm before tu de ade kol-

"adik, esok pergi nilai terus. masa suntuk"

aku terus mcm blur.

So around 1am abg long sampai, duk bborak mcm2 sampai jam 3am.
Hal persiapan kawin.

Alahai, rasa nervous terus. Tp aku relaks je.
Sabtu tu, terus ke nilai.

Aku-mak-angah n my sil.
fuhhh..aku rasa serba salah. situ aje buta2 abis duit.
tp dorg tak suruh aku keluar duit.

Ok fine, langsir aje dah makan 2k. Memandangkan nikah kat rumah.
Then lagi serba salah bila mak kate de tambah depan.
Adoi, sian de. Yalah, abah dah la takde.
Ni yg aku nak emosi, tak sempat abah nak tgk aku sanding apetah lagi ade anak.

Mak ckp "takpe la, ko yg bongsu..last dan penghabisan...abg2 n kakak2 ko semua ade tolong"..

aku diam.
aku betul2 duk goyang kaki, sebab aku xleh nak fikir ape2 benda.
suruh pikir tema pon aku mcm buat tak tahu sampai angah bising.
sebab dia yg akan gubah semua hantaran aku tu.

serious. zero.

"yana, ape tema???"

aku sengih-sengih je.
haha..bising gak, alih-alih angah geram. de amik ikot suke de je.Masa tu kat ZC Nilai, aku mcm terpegun sikit lah tgk bunga pahar. comel2..
dari 70 sen - 3 ringgit.
semua lawa kat ZC.

now..aku konpius ngn tema aku.
ade, tp.....

ape-ape pon thanks tuk bakal adik ipar sebab fully sponsor utk baju+pelamin+mekap.
sebab tu aku ade cite kat entry lepas.
*rama-rama terbang dalam perut*



yg lain, zero. even brg hantaran pon xbeli lg.
hehe.

well, last minute kan.
ok lah...xmau fikir.
pening


KRONOLOGI


*ahad-19 feb 2012 family encik partner dtg bincang-bincang, terus masa tu aku rasa risau+debar...before ni tak rasa ape lgsg..bila dah tetapkan tarikh haa..rasa mcm dada ni kena tumbuk*

*my family semua mcm x percaya aku nak kawin, especially my mom..de mcm sedih sgt. same gak ngn angah n abg long..erkk*

*angah selaku PA, de yg buat+catit+buat jadual+bajet semua-semuanya*

*aku sekadar main fb+twitter+bbm, bakal pengantin paling relaks*


sape kata aku relaks, lua je relaks..tapi gelabah ni.

Thursday, 16 February 2012

err bout wedding..tp

Hey.

1.15am, actually nak cite-cite ttg persiapan wedding atau ttg perkara yg aku nak share.
Tp terus mcm tension.

Tak sudah kan?

Actually, my boss baru nak start buat kerja.
Faham?

Rasanya dia ingat skang ni 1.15pm kot.

Aku diam je, sebab kalau dah namanya stayback. Memang non stop kerja.
Bukan negative, tp ini lah dia.


Come on boss, im not sure whether memang life bkeluarga x best or memang suka duduk office?
Anak kat rumah tu?
Wife?
28 tahun dah kerja macam ni. Tak penat?

Astagfirullahalazim. Betul org kata, dah tua-tua ni bukan sibuk beribadat. Tapi KERJA.
KERJA. KERJA and the best thing is. Dia telah mengheret aku masuk ke DUNIA dia.

No social life.
No time with my family.

*u takyah kawin lah. kesian suami nanti*


Speechless.
Sebenarnya, lately ni makin stress. Since 2011.

Walaupun markah yang boss bagi adalah 94% untuk aku. And yes, i deserve for it.
94 babe, masa sekolah pon bapak payah nak dapat markah mcm ni. Only for science *ehem*.

Aku bersyukur sgt dengan kerja yg aku pikul ni. Tp....



merungut : tak ikhlas sudah akhirnya

Wednesday, 15 February 2012

Not So Wordless Wednesday

Hey.

Like usual, still stayback.
Boss dah mula hint-hint bila dia terdengar-dengar berita aku nak kahwin. DEADMEAT

Alkisah dia buat perangai pelik dan superannoying.

Hahaha.
Biarlah dia.

Oh ya, hows life?


me? Just fine.

Tau tak, aku ada masalah bila sebut pasal kucing.
Ini jarang berlaku sebab, takkan lah setiap masa aku nak beli/bela kucing kan?

Since Oopet hilang last Syawal. Aku macam agak sedih...
Lama juga aku tahan sedih tu, cume taknak tunjuk depan encik partner.
Kang sah-sah dia lagi sedih, sebab sepanjang masa Oopet dengan dia.

Aku jarang-jarang jenguk, but sometimes kalau dating ngan encik partner. Bawak juga Oopet jalan-jalan.
sobs.


Aha, hari tu. Aku nye perasaan nak ade kucing terlalu kuat.
Survey sana sini. Heboh la juga nak kucing kucing kucing.

So, isnin lepas. Aku balik kerja around 11.30pm.
Mandi manda, rest bagai. Almost 2am baru terlelap...

Then aku dgr pintu aku bgegar. Eh..debar gak ni.. almaklum tido kat ruang tamu.
Usha bwh pintu, ade lembaga berkaki 4 then kuat juga de gegar pintu umah aku.
Tebal kot pintunya...mcm pintu hotel. Tau? Tak tau, abaikan..

Then 'miaw..miaw'.
ah sudah..tgk jam 4.50pagi.
Takkan aku nak bukak?

Cuak sangat ni.
Diam je aku...makin kuat ye sampai duk langgar-langgar pintu grill plak.

Bangun Subuh, tgk dia ade lagi. Nak2 plak agaknya dia nampak aku lalu lalang kat dalam di tambah bunyi alarm, lagi kuat.
Aku tau perasaan kucing tu.

"ahh ade org ni, aku nampak dia lalu lalang...yg penting dia mesti penyayang..sygkan kucing"
pandai ek aku tafsir hati kucing tu.


Nak gi kerja, jam 7pagi. Bukak pintu. Takde dah dia. Maybe da merayau2 kot.

Takpe la.
Jam 9pagi my sis BBM pic.

KUCING yg supercomel, anggaran 2 bulan.

Serius x sabar nak balik rumah Seremban... kucing itu bakal milik ku!
(nasib balkoni belakang tempat washing machine ade lah luas, boleh letak kucing...dalam sangkar sugar glider. Boleh?haha..just kidding)


*actually before this, dah dua kali aku lalui..asal nak kucing terlampau2. Mesti depan mata kucing tu muncul*

Monday, 13 February 2012

another probs

Salam.

Camne weekend? Bgembira?..Alhamdulillah, aku cuma berehat-rehat. Sabtu & Ahad ni je masa yg aku ade untuk merehatkan tulang belulang dan otak. Itu pon kalau bernasib baik, kalau tak. Sabtu kerja.

Bila difikirkan balik, dah hampir 6 tahun pon aku kat sini.
Dalam nak x nak tu... 6 tahun juga lah.

Oh ya, bout persiapan kahwin (batuk-batuk)...
Bila tanye encik partner, dia buat-buat x dengar.
Payah juga nak communicate dgn bangsa yg tak amik kisah.

Geram.


Tapi balik-balik ini soalan yang dia tanya;

"betul ke nak kawin dgn abang? ----> claimed himself as 'abang' since declare. Gatai.

"ermm..ikhlas x nak kawin ni? ke terpaksa?" --- jawapan dari aku "erkk..kau ade ppuan lain ek"


Dah la suka cari pasal.
Dia yang sebuk-sebuk nak kawin, tapi sikit persiapan pon x buat.

"ala..relaks lah"

Oh baju nikah takyah buat kot.

"lambat lagi lah"


Mcm-mcm peel dia ni.
Kadang-kadang rasa nak tumbuk.


mcm masa nak bertunang, ade ke..takde hujan..takde ribut. Terus ajak tunang.

"nextweek free, kita tunang. mlm ni jom jmpe mak kau" ---> kejap aku kau, kejap abang sayang

"haa nanti esok nya merisik terus dan bincang-bincang, minggu depan...langsung"

masa tu rasa mcm nak pancung leher dia. Tapi itulah dia, future husband ku. Eh banyak la benda gila yg dia buat.
Later aku story.

Berbalik pada tajuk, itulah masalah aku. Encik partner yg menyakitkan hati dan amik semua perkara sesenang ikot kepala dia.



p/s : demi mencari sesuap nasi, aku stayback lagi lewat malam. Takpe, nak kawin kan? so kena cari extra money

Thursday, 9 February 2012

Alhamdulillah

I'm so happy selepas dari semalam bertungkus lumus siapkan minit.
Lepas lunch, tarik nafas lega.


Oh ya, start semalam. Aku kurangkan makan. Takde dah istilah makan sehari 3x.

Today hanya sandwich.
Of course nak nampak slim kurus sikit. My sis pon da pesan, sekali seumur hidup. Biar nampak nice.

Baik lah.
Nextweek start gi swimming semula.
Swimming suit hanya bergantung cantik je. Syg la, beli sampai seratus lebih siap gogel lagi.


Tadi my future adik ipar call. Izuddin.
Hiks..

ingat ape lah.



later lah story.
kupu-kupu tgh terbang-terbang dalam perut *SENAK*

Tommy and Qie2

This is Tommy and Qie.
dua-dua boy.

Ada lagi satu yg besar.
tp haruslah girl.
putih n comel.

Tommy and Qie ni mcm kembar.
bezanya pemberian org yang berbeza.



dan masa aku pindah ri tu, aku angkut semua teddy bear aku.

bukak almari, Tommy takde.
Sad, even org yg bagi kat aku ni dah tak wujud lagi.

sayangnya.
aku jaga baik dan masih baru walaupun dah 6 tahun.



Until la, aku balik seremban lastweek, ma cakap kat aku yg Tommy tu anak buah aku bagi kat BF de.
aku mcm .....&6%$%$#**&.

bgtau encik partner

-- baguslah dia bg kat BF dia, watpe nak simpan? nak bgtau anak cucu nanti? --
"ni lah bf kesayangan uwan bagi"



hahaha.
apelah!

Wednesday, 8 February 2012

tak concern

Hey.

10.16pm, still kat office. Kerja masih tak settle, disebabkan our PM ada today.
Mengantuk dan pening sedikit.

Bergaduh dengan partner ttg isu kerja.
I was totally blank. Apa aku nak jwb kalau dia pertikaikan tentang tanggungjawab seorang isteri.
Dosa & Pahala.

Bila aku balik lewat.


And benda simple pon penyebab bergaduh.
30 June masih lambat.

Preparation? Jenis aku tak complicated..tak suka nak survey-survey.
Rimas.

So i'll do the best for my big day.
Make it simple and nice. Bukan nak buat grand.
Bagi aku, akad nikah paling utama.

No guest book.
No DIY thingy
No VVIP

semua adalah sama.
dan....



aku mula pening tentang tema-baju nikah-venue.
goodies.
hantaran.


yg aku dah siap-siap beli utk dia hanya lah xbox.
dan dari dia utk aku canon 60d.

okay, bulan ni jam tangan. bajet rendah, nak bagi casio/tissot memang x mampu.
(ala, de baru beli jam last month..casio edifice.. sniff..sniff)


okay, meh list ape hantaran tuk dia.

- jam (fossil)

- perfume (sama ada Euphoria by CK or Armani Code Sport)

- purse/belt (Levi's/Dockers)

- kek (Secret je)

- buah

- chocolate

- sejadah/tafsir al-quran

- kemeja (Dockers sudah, Timberland dah bagi masa tunang)

- ????

ke just nak bagi 7 jer?
tah la.

pening sudah.
paling best, aku x saving. Memang guna duit gaji je.

GILA kan?

urghh.


*tema sukan okay? haha. sila hadir ke majlis aku dgn berpakaian sukan yer*

Kelainan blog hari ini...

Salam.

Seronok cuti? Aku hanya mengadap teman baik aku. Dua hari mengadap dia sampai ke pagi.
Nothing much just karaoke aja dua-dua hari tu. Serious, kurang sikit stress.

Lepak PD, unexpected plan. Sampai jam 8 malam, jalan2 sekitar pasar malam kat Batu 4. Then duduk atas pasir tepi laut kat Batu 4 tu, eh mcm2 perubahan. Mengimbau kenangan manis 8 tahun lalu. Seriously aku macam sedikit hiba, but aku kan ego. Pretend cool as much as i can do. Im hanya duk mengibas2 pasir sebab banyak sangat lipas. Eh, tah..mcm lipas.

Guess what, today is the day when he proposed me 8 years ago. Masa tu dia dah mula rajin nak hantar aku pulang ke rumah sewa masa study kat poly. Tak jangka sesuatu pon on that day, sebelum keluar kereta dia bagi bunga and lilin yg cantik dalam bekas berbentuk love dari seat belakang. Ingatkan amenda la. Macam bekas pot puri, bukak je 'i love u'. Lilin yg wangi. Senyum simpul and masa tu rasa happy lah.

Then sms dia.


"kenapa bagi" -- saja

"kenapa saja plak" -- sbb sy sayang awak

masa tu dah sengih. sigh.

"sayang? saya bukan gf awak" -- okay, sudi tak awak jadi girlfriend saya?

"main-main ek" -- serious lahh. Hari ni 8 februari kan? mulai hari ini kita couple



Haha. mcm budak-budak. tapi betul la, aku baru 19 tahun kot. Dia 21.
Dan dia sebuk sangat suruh aku panggil dia PA. Macam nak muntah, aku taknak..alih-alih tah dia asik bahasakan diri dia papa sudahnya lekat. Depan parents aku duk ter PAPA MAMA...im seriously, geli ok.

Sadkan. Hubungan itu hanya bertahan selama 4 tahun...banyak kekantoian berlaku dan aku masih sabar bagi peluang until one time. Kwn-kwn aku yg juga kwn dengan dia bagi hint. Tak silap masa tu 2007, tapi aku buat tahu.

Depan mata dia keluar dengan ex (katanya) dan kini menjadi wife dia.
Bila mintak break, dia berkeras taknak.

Sampai lah rupanya dia dah bertunang senyap-senyap dan masa tu kami masih lagi couple.
Dia tetap tidak mahu untuk putuskan, sampai satu tahap. Aku terpaksa pergi... dan dia tetap mencari.
Aku tak bagi tau parents aku sedangkan dia selalu ikut aku balik kg. Kenduri kendara.. cuz aku taknak parents aku kecewa.

Hujung2 perhubungan, dia mula bersikap dingin. Berani naik tangan, dan aku mula sakit.
Bila dia ade masalah dgn tunang dia, dia cari aku. Dan kadang-kadang aku jadi mangsa untuk lepas kemarahan.

Sobs.

Dahlah, nanti aku sambung. Sedih plak tiba-tiba. Supposedly tak usah di kenang, cuma aku pelik apa punca dia buat semua-semua ni. Dan sampai sekarang dia tak pernah bagi tahu apa salah aku. And last kami contact pada bulan 9/2011. Itupun aku nekadkan diri untuk menjauh. Cukup-cukuplah, dan dia pon bahagia di samping keluarga dia walaupun dia selalu mengadu tentang masalah rumahtangga yang menimpa dia. Dan..aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dia.

Satu yang aku nak, harap dia berubah. Setia lah pada yang satu..


Oh ye, tgk pada tajuk.

Apa yang lain? Mari lihat ticker di bawah.
Yes...

Terpaksa buat supaya aku TAK LEKA.

Thursday, 2 February 2012

empty

Serabut ni, cuti banyak pon agak mendatangkan masalah buat aku. Sebab kerja aku berdasarkan due date. Ape, igt security tak de due date? igt org bersalin je ade due date. Yes, berjaya merepek di petang2 ni.

Sorry. Confirm sebab terlebih lemak nya kes


asik cake-cake-cake.

So far, perancangan aku berjalan lancar since 2006. Alhamdulillah, impian sudah hampir tercapai bila aku dah pon dapat kunci rumah baru.
Da hampir 3 bulan. Tapi masih kosong sebab aku pon tak sempat lagi nak berbuat apa-apa. Kerja yg banyak memustahilkan aku untuk membeli belah di Ikea.

Pinggan mangkuk pon takde, pakai tupperware saje.

Washing machine+Peti ais baru je aku dapat awal 2012 hari tu. Itu pon hadiah pemberian partner sempena rumah baru. Insyaallah, bakal rumah baru berdua untuk kami nanti. NANTI ye... not now.

Nak deco simple but elegan. Yg sesuai dengan rekabentuk rumah nanti. Lega sangat sebab dapat area yang memang aku idam-idamkan. Privacy dan seharusnya view yang cantik.

So okay lah. Sambung balik buat kerja.
Tadi okay then tiba-tiba sakit perut.

pms.

ouch... 1st day di hari yang superbusy buat kaki rasa lemah.