Salam.
Seronok cuti? Aku hanya mengadap teman baik aku. Dua hari mengadap dia sampai ke pagi.
Nothing much just karaoke aja dua-dua hari tu. Serious, kurang sikit stress.
Lepak PD, unexpected plan. Sampai jam 8 malam, jalan2 sekitar pasar malam kat Batu 4. Then duduk atas pasir tepi laut kat Batu 4 tu, eh mcm2 perubahan. Mengimbau kenangan manis 8 tahun lalu. Seriously aku macam sedikit hiba, but aku kan ego. Pretend cool as much as i can do. Im hanya duk mengibas2 pasir sebab banyak sangat lipas. Eh, tah..mcm lipas.
Guess what, today is the day when he proposed me 8 years ago. Masa tu dia dah mula rajin nak hantar aku pulang ke rumah sewa masa study kat poly. Tak jangka sesuatu pon on that day, sebelum keluar kereta dia bagi bunga and lilin yg cantik dalam bekas berbentuk love dari seat belakang. Ingatkan amenda la. Macam bekas pot puri, bukak je 'i love u'. Lilin yg wangi. Senyum simpul and masa tu rasa happy lah.
Then sms dia.
"kenapa bagi" -- saja
"kenapa saja plak" -- sbb sy sayang awak
masa tu dah sengih. sigh.
"sayang? saya bukan gf awak" -- okay, sudi tak awak jadi girlfriend saya?
"main-main ek" -- serious lahh. Hari ni 8 februari kan? mulai hari ini kita couple
Haha. mcm budak-budak. tapi betul la, aku baru 19 tahun kot. Dia 21.
Dan dia sebuk sangat suruh aku panggil dia PA. Macam nak muntah, aku taknak..alih-alih tah dia asik bahasakan diri dia papa sudahnya lekat. Depan parents aku duk ter PAPA MAMA...im seriously, geli ok.
Sadkan. Hubungan itu hanya bertahan selama 4 tahun...banyak kekantoian berlaku dan aku masih sabar bagi peluang until one time. Kwn-kwn aku yg juga kwn dengan dia bagi hint. Tak silap masa tu 2007, tapi aku buat tahu.
Depan mata dia keluar dengan ex (katanya) dan kini menjadi wife dia.
Bila mintak break, dia berkeras taknak.
Sampai lah rupanya dia dah bertunang senyap-senyap dan masa tu kami masih lagi couple.
Dia tetap tidak mahu untuk putuskan, sampai satu tahap. Aku terpaksa pergi... dan dia tetap mencari.
Aku tak bagi tau parents aku sedangkan dia selalu ikut aku balik kg. Kenduri kendara.. cuz aku taknak parents aku kecewa.
Hujung2 perhubungan, dia mula bersikap dingin. Berani naik tangan, dan aku mula sakit.
Bila dia ade masalah dgn tunang dia, dia cari aku. Dan kadang-kadang aku jadi mangsa untuk lepas kemarahan.
Sobs.
Dahlah, nanti aku sambung. Sedih plak tiba-tiba. Supposedly tak usah di kenang, cuma aku pelik apa punca dia buat semua-semua ni. Dan sampai sekarang dia tak pernah bagi tahu apa salah aku. And last kami contact pada bulan 9/2011. Itupun aku nekadkan diri untuk menjauh. Cukup-cukuplah, dan dia pon bahagia di samping keluarga dia walaupun dia selalu mengadu tentang masalah rumahtangga yang menimpa dia. Dan..aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dia.
Satu yang aku nak, harap dia berubah. Setia lah pada yang satu..
Oh ye, tgk pada tajuk.
Apa yang lain? Mari lihat ticker di bawah.
Yes...
Terpaksa buat supaya aku TAK LEKA.
No comments:
Post a Comment