1Lafaz1Janji1Ikatan1Kebahagiaan

Daisypath Friendship tickers

Thursday, 12 July 2012

Selamat sudah...

Salam.

Dah 12 hari jadi isteri, baru 4 hari masuk pejabat.
Kerja masih banyak.

semalam balik lambat.
suasana masih sama, mcm saat berkawan+bertunang.
kami tidak lah semesra mcm org2 lain yg hangatttt aje. Jeles.
hihihihi..

aku ada cakap kat dia, kenapa tak nak cuba jd seorang suami yang lovely..sedangkan dah kawin;

"kenapa mesti nak menunjuk-nunjuk kemesraan dan keintiman di hadapan org lain? biar hanya kita berdua sahaja yang perlu tau" ---- okay, rasa nak lempang diri sendiri.


Perasaan aku ek? Sebab rata-rata org asik menanya. Tapi aku senyum aje;

1- Masa tok kadi nak nikahkan EP (encik partner), aku dah mula rasa berdebar. Yes, org sebulan sebelum dah berdebar. Aku pagi akad nikah baru rasa nak pecah jantung.

2- Bila sah aje (sekali lafaz), satu perasaan menyelinap seluruh badan aku. Series, rasa lain sgt. Allahuakbar...syahdu masa tu, ma dah bersedih-sedih. Aku ok je..cume sebak..abah takde

3- Aku tak fikir apa dah, yang penting selamat sudah nikah. Masa tu, mekap hancus ke..baju bersepai ke..tak heran.

4- Aku otomatik jadi behave, mungkin dah galas tanggungjawab as wifey kan? segala pantang larang or benda yang tak sepatutnya aku buat..aku elakkan. sebab aku kesian..kesian dgn EP..setiap perbuatan jahat, dosa itu terus kat dia.. tak sanggup tgk dia pikul dosa2 aku.    :-(

5- Aku berhenti merokok secara mengejut, last 29 June aku hisap sebatang. Dalam kotak berbaki 16 batang lagi.... aku NEKAD.

6- Aku kuat makan, maybe sebab berhenti merokok.

7- Sekarang kat rumah, dah ada suami. Tapi belum start masak lagi, cuz sepanjang cuti kawin. Kami hanya lepak di rumah seremban. Bilik best kan? eh??... tidak, sepanjang minggu, ma n family layan kami mcm raja! love mereka.

8- Alhamdulillah, lepas majlis. Aku n EP tidak menanggung sebarang hutang atau segala kos2 yg masih pending. Semua settle pada 30 Jun 2012..fully cover by my family.

9- Kerisauan aku pada duit yang tak cukup tu, rupanya SIL dah banyak cover barang perabot aku. Thank Akak.

10- Semua hantaran siap malam 29 Jun 2012. Bilik tido setup by adik beradik perempuan n makcik jiran yg super baik- Cik Laila.

11- Allah swt sgt pemurah, rezeki yang diberikannya tak putus2. Padahal, 28 Jun 2012. Duit aku da totally ZERO RM... tapi, kami berdua masih ada duit untuk hidup lagi sampai ke hari ini. Alhamdulillah syukur (faktor tidak membuat sebarang simpanan yang banyak..ini lah padahnya).

12- Dapat banyak hadiah dan duit salam kaut..Rezeki lagi. (p/s: aku idam2 kan blender + vacum = dapat!!!)

13- Duit OP settle pada hari majlis gak dan pic siap lagi 2 minggu.

14- Aku dilarang update status FB selalu.

15- Dah mula pakai baju sopan-sopan, bab tudung. Hari pertama kawin, dia suruh sarung tudung. Then aku macam tak berapa nak selesa, dgn pakai baju besar (baju dia), tudung ma.. "takpelah, relaks dlu. nanti slow2 beli tudung+baju..nnti soping yer..skang taknak paksa, kesian..mcm pekerja asing".. - aish.

16- Tanpa disuruh, dia buat tugas seperti basuh baju+sidai baju, kemas rumah.

banyak..tapi ini jer yang mampu aku coretkan. Aku tak harap banyak, cuma aku harapkan perkahwinan kami ini kekal sampai Jannah- Insyaallah.




p/s : cuma hari tu ada masalah kesihatan. perubahan hormon kata doktor- harap ia tidak memudaratkan aku.Amin

No comments:

Post a Comment